Jika pembelian anda adalah melebihi RM201 dalam satu invois tempahan, maka produk tempahan anda akan dihantar pada hari yang sama sejurus selepas pengesahan pembayaran dilakukan sebelum jam 12.00 tgh. Jika pengesahan pembayaran dilakukan selepas jam 12.00tgh, maka produk anda akan dihantar pada keesokan harinya.
Adapun jika pembelian anda adalah di bawah RM200 dalam satu invois, maka produk tempahan anda akan dihantar pada setiap hari Jumaat selepas jam 3.00ptg. Ini bermakna, anda boleh melakukan pengesahan pembayaran awal tetapi produk hanya dihantar pada setiap hari Jumaat.