Online Courses Sulaman Manik

Kualiti Manik Dan Kristal

Kualiti Manik Dan Kristal

Kualiti Manik Dan Kristal


Pada kali ini mari mengetahui tentang kualiti manik dan kristal

Menilai Kualiti Manik dan Kristal

Kualiti Manik dan Kristal dinilai keseluruhannya dari kilauan dan daya ketahanannya terhadap cahaya matahari.Kedua barangan ini sebagaimana yang kita tahu,ia disaluti oleh bahan warna didalam dan juga diluarnya.Manik lebih dinilai dari ketahanannya dari menjadi pudar dan kesempurnaan setiap biji manik iaitu saiznya yang sama rata pembuatannya.Kualiti kristal pula dilihat dari kilauan pantulan cahayanya dan juga ketahanannya sebelum menjadi pudar.Anda boleh melihat dengan jelas apabila pemakaiannya melebihi 6 bulan dimana manik dan kristal yang tidar berkualiti akan malap dan tidak boleh di kilatkan lagi.

Penjagaan Kualiti Manik Dan Kristal

Manik dan kristal perlu di jaga kualitinya untuk mengekalkan warna dan kilauan seperti baharu. Cahaya matahari adalah yang menjadi punca utama yang menyebabkan kepudarannya.Suhu melebihi 35 darjah C. bolih merosakkan manik dan kristal.Air sabun juga menyebabkan masaalahyang sama tetapi tidak kepada kristal yang berkualiti.Hindarkan dari menjemur kedua nya ke sinaran matahari.Gunakan kain pengilap perak/silver cloth untuk mengelap kristal tetapi jangan digunakan keatas manik.Penggunaan berlebihan juga tidak dinasihatkan kerana ia akan mengikis bahan warna yang disaluti oleh manik dan kristal.Manik lebih sensitif kepada bahan kimia yang terdapat di kain perak.

Jenis Kristal dan Manik Yang Berkualiti.

Manik yang berkualiti adalah dari kaca yang di saluti oleh bahan warna diluar dan si dalamnya.Seperti manik MGB(Matsuno Beads),ada manik yang di saluti oleh perak(Silver coated).Lapisan perak ini memantulkan cahaya dari luar dan membawa semula keluar menjadi sinaran warna yang tepat dan sempurna.Inilah sebabnya adakalanya  harga sebahagian warna tidak sama,ada yang murah dan ada yang mahal sedikit.

Warna manik yang sama kekadang berbeza kelihatannya antara saiz kecil dan besar.Kristal juga adalah diperbuat dari kaca dan dipotong menggunakan laser pada zaman sekarang.Kualiti kristal  akan lebih apabila pancaran pantulan cahaya dari banyak arah menyinar seperti yang kita melihat permata atau diamond.Ini adalah disebabkan oleh,pemotongan yang tepat dan berliku liku sebagai contohnya kristal swarovski berbentuk bicone(code:5328) yang mempunyai 14 potongan berbanding dengan kristal biasa yang tidak sampai 10 potomgan.

Pilihan Manik Dan Kristal Yang Berkualiti.

Matsuno Beads(MGB) dan Kristal Swarovski masih menjadi pilihan,oleh kerana kualiti dan ketahanannya yang bertahun tahun.Selain dari manik Jepun MGB,Miyuku dan manik dari negara  Taiwan dan Korea juga sekarang sudah boleh menandingi dan kian menjadi popular.Kesudahan pilihan yang terbaik adalah kita kembali kepada harga dan kualiti manik dan kristal.




Pilih dan beli bahan menjahit dan sulam dengan harga borong dan terendah daripada kedai kristal online kami setiap hari.


Anda pastinya tidak akan mendapat harga serendah sebegini di mana-mana. Malahan setiap pelbagai material jahitan dan sulam kami dijamin 100% asli dan original atau wang tempahan anda dikembalikan tanpa sebarang soal.


Jadi, jangan lupa menempah bahan jahitan dan sulaman anda bersama kami hari ini. Jimatkan kos modal tempahan menjahit baju anda bersama kami dan pastinya pelanggan anda berpuas hati.


Yang paling penting semua bahan yang dijual di sini adalah 100% asli dan original ataupun jaminan wang anda dikembalikan. Tidak kira sama ada anda pengusaha butik mahupun menerima tempahan secara kecilan di rumah, kami tetap akan menghantar setiap pesanan anda.

Leave a Comment

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.


Bengkel Sulaman Manik dan Labuci