Manik Mewah Kristal Berjenam dan BerkualitiManik Mewah Kristal Berjenam dan BerkualitiOn Thursday, September 15th, 2011 at 1:28 am, No Comments »
Manik Mewah Kristal adalah dari manik yang di jual dari jenama jenama yang berkualiti.Swarovski,Matsuno beads,Miyuku dan Acrylic bead dari Taiwan adalah pilihan yang terbaik berdasarkan dari pengalaman dan penggunaan yang kerap dalam bidang menyulam. Manik dan kristal yang berkualiti baik akan mempamerkan kerjatangan yang cemerlang dan kelihatan mewah walaupun kemahiran penyulam masih diperingkat belajar.Perbezaan yang ketara apabila manik atau kristal yang di gunakan tidak berkualiti di tambah dengan kerja yang rumit apabila manik manik biasa tidak sekata.Bagaimana kita inginkan menyimpan hasil kerja kita apabila tiada ketahanan sinaran dan basuhan. Kita harus fikirkan kesudahan rekacipta yang sangat bersungguh yang akan kelihatan mewah berakhir dengan kristal dan manik yang disulam di baju atau gelang kelihatan pudar dan malap.Seluruh usaha kita sia sia dan membantutkan minat menyulam yang kekadang mengambil beberapa hari. Perbezaan manik manik yang berjenama adalah jumlah warna,kelainan warna,ketahanan warna dan juga kesempurnaan manik yang dikeluarkan oleh pengilang.Pilihan yang sederhana adalah Matsuno Beads(MGB) berdasarkan semua perkara tersebut dan yang paling memuaskan adalah harganya yang murah tetapi kelihatan mewah.Kesempurnaan pada setiap maniknya memudahkan susunan sulam mencorakkan ketelitian kerjatangan yang baik seterusnya menonjolkan baju atau gelang kelihatan mewah.Untuk kelihatan mewah, kristal digunakan atau ditambah bagi menarik perhatian orang yang melihatnya.Kristal Swarovski tidak asing lagi yang selalu di gunakan, ia mempunyai banyak bentuk dan warna dan saiz untuk kita adunkan rekacipta kita. Kristal kerap digabungkan dengan manik supaya baju kelihatan mewah.Padanan warna antara manik,kristal dan baju mestilah menunjukkan keseluruhan keputusan design baju atau sebagainya.Tidaklah di katakan pakaian mewah tanpa kristal atau manik tetapi sekiranya terlalu sarat ia mengambarkan penonjolan yang bermotifkan pakaian aksessori yakni murah.Ini kita dapat merasakan apabila rasa jemu kepada baju itu datang dengan segera. Rekacipta yang baik adalah rekacipta yang mendatangkan rasa senang atau kesesuian kepada pemakai atau yang melihatnya dan seterusnya menjadi baju pilihan untuk dipakai selalu bukan disimpan untuk mencari masa yang sesuai untuk memakainya.Kita akan terus meneliti tentang gabungan warna warna manik dan kristal mewah akan datang. Pilih dan beli bahan jahitan dan sulam dengan harga borong dan terendah daripada kedia manik dan kristal online kami setiap hari. Anda pastinya tidak akan mendapat harga serendah sebegini di mana-mana. Malahan setiap material menjahit dan sulaman kami dijamin 100% asli dan original atau wang anda dikembalikan tanpa sebarang soalan. Jadi, jangan lupa menempah bahan menjahit dan menyulam anda bersama kami hari ini. Jimatkan kos modal jahitan pakaian anda bersama kami dan pastinya pelanggan anda berpuas hati. Yang paling penting semua bahan yang dijual di sini adalah 100% asli dan original ataupun jaminan wang anda dikembalikan. Tidak kira sama ada anda pengusaha butik mahupun menerima tempahan secara kecilan di rumah, kami tetap akan menghantar setiap pesanan anda. Leave a Comment |
Sequin Square - (6mm) - SQ6-09
WAS Sequin Square - (6mm) - SQ6-08
WAS Sequin Square - (6mm) - SQ6-07
WAS Sequin Square - (6mm) - SQ6-06
WAS
|