Labuci-India-Bulat-4302R On sale!

Labuci India Bulat Warna 3D – Kod 4302R

RM 3.00 RM 2.50

Jenis : Labuci India Bulat Warna 3D

Klasifikasi : 3D Tona Warna

Saiz : 3mm

Berat : 5gram

100 in stock (can be backordered)

Quantity:

Product Description

Indian Sequin atau Labuci India

Indian Sequin atau juga dikenali sebagai Labuci India amat sesuai untuk digunakan dalam menjahit manik dan labuci busana anda. Keunikannya, Indian Sequin atau Labuci India ini didatangkan dalam bentuk bulat kecil yang boleh dikembangkan menjadi rekaan yang unik. Jadi ia boleh terus dijahit pada busana anda.

Dapatkan Indian Sequin ini bersama kedai jual manik dan pemborong kristal ori online kami hari ini. Untuk panduan anda, di bawah kami sediakan tips bagi memastikan Indian Sequin atau Labuci India anda dapat dijaga dengan baik dan tidak rosak selepas dijahit.

Tips Penjagaan Indian Sequin atau Labuci India.

Tips-tips penjagaan Indian Sequin atau Labuci India ini adalah seperti berikut:-

  • Jangan direndam walau seminit busana yang telah dijahit dengan Indian Sequin atau Labuci India ini. Ini kerana jika direndam, lapisan layer antara labuci ini akan tertanggal dan mengakibatkan Indian Sequin anda bertukar menjadi warna putih. Dalam erti kata lain, warna Indian Sequin anda akan tertanggal apabila layer yang menutupinya tertanggal akibat kembang dek rendaman air tadi.
  • Jangan digunakan cucian kering kepada busana berlabuci anda. Ini kerana ia sama dengan situasi di atas, cuma layer yang menutupi Indian Sequin ini akan tertanggal dek haba dari cucian kering yang dilakukan.
  • Jangan menggunakan mesin basuh untuk mencuci busana yang berlabuci ini.
  • Sebaiknya, anda terus membasuh busana berlabuci ini tanpa perlu direndam terlebih dahulu.

Jadi, diharap dengan tips serba ringkas di atas, anda dapat mengekalkan kerlipan dan warna labuci atau Indian Sequin yang telah dijahit pada busana anda.

Additional Information

Weight5.00 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Labuci India Bulat Warna 3D – Kod 4302R”