Tips Menjaga Kristal dan Manik FabrikTips Menjaga Kristal dan Manik FabrikOn Thursday, May 27th, 2010 at 11:11 am, 2 Comments »
Ketahui Cara Menjaga Kristal dan Manik FabrikKristal mahupun manik merupakan aksesori yang sangat cantik jika dipadankan di fabrik pakaian. Selain daripada memeriahkan fesyen fabrik tersebut, kristal dan manik juga mampu memberikan keyakinan kepada si pemakai. Namun, jika pemakai tidak mengetahui kaedah menjaga material fabrik yang berkristal atau bersulam manik, ia mungkin akan menyebabkan hasil kristal dan manik di fabrik tersebut akan pudar di telan zaman.
Jadi, pada kali ini, mari kita ketahui kaedah dan tips penjagaan kristal dan manik anda. 1. Jika anda seorang yang memakai minyak wangi, pastikan semburan minyak wangi tersebut tidak dilakukan secara direct atau terus ke material kristal dan manik. Kerana sifat minyak wangi yang beralkohol mampu mengikis lapisan luar permukaan manik dan kristal anda. Lama kelamaan, bukan sahaja kristal dan manik anda akan pudar, tetapi ia turut merosakkan jahitan sulaman yang telah dilakukan. 2. Jangan merendam terlalu lama pakaian berkristal atau bermanik. Apatah lagi jika anda merendamnya dengan menggunakan sabun dan peluntur. Pastikan pakaian bermanik dan berkristal tidak direndam semalaman, sebaliknya, anda harus terus mencuci dan membilas pakaian tersebut. 3. Jika anda ingin menggosok pakaian bermanik dan berkristal, pastikan anda menggosok pakaian terebut secara terbalik. Ini kerana muncung seterika yang tajam, adakalanya boleh merosakkan jahitan manik dan kristal di fabrik anda. Cara yang terbaik, jika anda mempunyai seterika berwap, gunakannya untuk menggosok pakaian tersebut. Itu sahaja tips penjagaan kristal dan manik yang dapat diberikan pada kali ini. Insya Allah kita akan bertemu dalam ruangan tips yang lain pada masa akan datang. Ikhlas, Pengurusan Pilih dan beli pelbagai material jahitan dan sulaman dengan harga borong dan terendah daripada kedai kristal online kami setiap hari. Anda pastinya tidak akan mendapat harga serendah sebegini di mana-mana. Malahan setiap bahan menjahit dan sulaman kami dijamin 100% asli dan original atau wang anda dikembalikan tanpa soal. Jadi, jangan lupa menempah bahan jahitan dan menyulam anda bersama kami hari ini. Jimatkan kos modal jahitan pakaian anda bersama kami dan pastinya pelanggan anda berpuas hati. Yang paling penting semua bahan yang dijual di sini adalah 100% asli dan original ataupun jaminan wang anda dikembalikan. Tidak kira sama ada anda pengusaha butik mahupun menerima tempahan secara kecilan di rumah, kami tetap akan menghantar setiap pesanan anda. Leave a Comment2 Responses to “Tips Menjaga Kristal dan Manik Fabrik” |
Sequin Square - (6mm) - SQ6-09
WAS Sequin Square - (6mm) - SQ6-08
WAS Sequin Square - (6mm) - SQ6-07
WAS Sequin Square - (6mm) - SQ6-06
WAS
|
saya dah order n just tunggu je,, but nmpk cantik n menarik..
Pihak kami sudah pun membalsa dan memberikan invois kepada puan. Sila rujuk eMel puan kembali. Jika tiada di inbox maka sila lihat di dalam spambox puan.